Followers

Showing posts with label DIY Projects. Show all posts
Showing posts with label DIY Projects. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Nursing cover my version

 cara pemakaian


details

Nursing cover my version, teheee! D shape, boleh lock/unlock kat belakang. 

Senang nak pakai terutamanya untuk ibu bertudung. ^^,

I letak kain linen dibahagian tengah header cover tu, (automatik akan melengkung keluar sedikit), boleh intai baby masa menyusu. Pastu i jahit menggunakan 2 jenis kain yang berbeza, kasi lawa sikit.

Bila dah siap, tersenyum tengok hasilnya. 
Harap-harap baby suka walaupon corak berbunga-bunga camni. kalau baby girl takpela, kalau boy?

Takpelah nanti kita buat lagi satu ye baby!




* ignore muka i yang sembab baru bangun tido. Hahahaha!


So how is it, mummies
?



Wednesday, September 28, 2011

My so-called Pelamin DIY sudah siap!


Selepas berpeluh-peluh memanjat, memaku, memasang backdrop, menggubah bunga, dan lain-lain akhirnya pelamin DIY sudah siap! Cantik tak?

I sangat puas hati, tersenyum sorang-sorang. Hasil seperti yang dibayangkan, ALHAMDULILLAH!

Sunday, August 28, 2011

Putput Solemnization Dress


Sebenarnya, Baju Put dah memang cantik dengan beadings bagai, dia tempah dengan Hariz&Team Wedding Services but since I have extra lace and beads from the veil, so why not I patch pada lengan baju Put sebab hujung lengan tu nampak kosong la, kasi lagi glamssss gitu. Seriously, I macam agak tidak berpuas hati dengan beadings pada baju Put tu, bukan isu cantik ke tak, memang la cantik, tapi isunya adalah MAHAL. Hishhhh, Hariz ni cekik darah betul la!


Takpela Put, I dah kasi lagi glamor baju u tu, harap u puas hati ya!

Yang ni, I saje-saje rajin tolong u Put,  Kalau orang dah baik dengan kita, insyaallah kita akan bersikap lebih baik dengan dia. Hugssss.

Sharing is caring~


Friday, August 26, 2011

Fabric HB: Nabila Syakira


Banyak kerja-kerja handbouquet terbengkalai.. sori la yer darlingsss! 

Pos Laju kenapa awal sangat close delivery? Huhuhu. 

Dah ada beberapa HB kat rumah ni belom di pos kepada tuannya, maafkan i okey. 
InsyaAllah ASAP selepas raya okey~

Ini HB terakhir sebelum menjelang raya, hampir-hampir bakal pengantin ni tak merasa pegang HB ni disebabkan i termiss order. Kelmarin dapat SMS dari Nabila tapi i macam blur dan terfikir macam ni..

"eh.. ada lagi ke HB tak buat sebelum raya? Fariza punya ke nak sebelum raya tapi rasa lambat lagi, 
errrrrrrr sape ni?"


Sangat blur okey, rupanya Nabila SMS me directly, patutla takde rekod dalam email.
Menggelabah sudah sebab fikirkan minggu ni full iftar kat luar. So bila masa nak buatnya kalau hari-hari balik kul 10pm? Siang plak kerja. Her wedding will be on September 3rd, i week to go. 
Pos laju plak buat hal, sempat ke ni?

Alhamdulillah, nasib baik sempat siap, esok nak pos guna Gdex, mahal sikit la tapi Nabila kata it's okey.
Yeay, berjaya merealisasikan impian Nabila Syakira untuk memegang Fabric HB versi Intan Norazam.
Rezeki beliau.


Hope she like it!


Wednesday, August 17, 2011

Veil For cik Puteri Raifana

Full review

The detailing

Sangat takde mood nak buat kerja office, design entah ke mana.

 "minta maaf boss, saya sudah bermood kawen..."

Nak kena buang kerja ke cakap camtu? Hehehe. Ampun!

Sebenarnya tak sabar nak DIY veil nikah cik Putput. Excited dah lama tak jahit-menjahit. Lace, beads, and chiffon beli last weekend, dengan tuan punya veil sendiri, baru la puas hati.

Project Fabric/Felt HB still rancak seperti biasa, siapa dah booking, boleh tarik nafas lega sebab untuk slot September dan Oktober dah ditutup bermula petang tadi, November pon sama. Sesiapa yang i dah mention suruh remind me back after my wedding pon, i'll promise a free slot for you dear. Don't worry k~

I'm so sorry to whoever yang baru bertanya, sebab slot semua dah penuh. 

Kepada diri sendiri, i want my working mood back! Paksaan ni! Taknak kerja bertimbun, huhuhuhuhu. 
Nak raya dan kawen dengan tenang, pleaseeeee~

Dihari baik bulan baik ini, i doakan yang baik-baik ajer untuk semua orang, Love you all!

Sunday, August 14, 2011

Hantaran for Put

4 Hours.
Hantaran tercepat yang pernah dibuat setakat ini, boleh catat untuk rekod sendiri, haha. 
CIK PUTERI a.k.a Put minta i untuk buatkan hantarannya untuk pihak lelaki, so semalam put meluangkan masa ke kuantan untuk bersama-sama dengan i membeli hiasan hantaran. At 1pm, she safely arrived at my little crib, alhamdulillah. Lepas zohor, kami pon keluar cari barang-barang untuk diy hantaran dan veil, dan ditemani KINA, sebagai peneman setia. Everything settled at 5pm, so hantar Kina balik dan straight away ke bazaar ramadhan untuk beli juadah berbuka.

Rezeki put, jiran-jiran pon ada memberi juadah berbuka, memang banyak rezeki kami semalam. So after breakfasting n solat, bersedia untuk menggubah! Yeay! Put plak dengan task menyiapkan bantal hantaran, heheheh. Ingatkan nak siapkan sikit je, tapi memandangkan Put datang jauh, i rasa nak settlekan semua sekali. Finished at 12am. She asked me to make 9 deco for hantaran, tapi i buat sampai 7 je, 2 lagi untuk coklat dan sirih junjung, i minta Put buat sendiri. Inilah hasilnya, sikit-sikit jela, nak full version, tunggu wedding CIK PUTERI September ni ya!
Okay tak combination color ni?


Thursday, August 11, 2011

Teaser: HB Adawiyah

HB untuk Adawiyah:  Requested color Purple, Pink & Blue.

Ada sesiapa nak request untuk buat striking HB? Deep purple ke, Shocking Orange ke, Alien Green ke?
Nak sabar nak buat yang striking pulak~

Nak quotation, sila email: nobody_atpc@yahoo.com


1 month and 3 weeks to go, hooray!



Wednesday, August 10, 2011

Teaser: HB Emi Fadhilah


Ada beberapa HB dah terlepas pos kepada tuannya, lupa nak ambil gambar. 
To Emi Fadhilah, i hope 'this' may cheer you up! Last minutes order from you, but i made it!


Friday, August 5, 2011

Monday, August 1, 2011

Project terbengkalai, i need EOT

EOT: Extention Of Time

Hai sayangs,

Hari ni update blog lepas sahur, cuba tahan mata dari tidur, hehe. 'Felt Corsage Project' terbengkalai, salahkan diri sendiri, dushhh dushhhhh. nak minta EOT boleh? Hari tu dah beli 20 pcs plain felt via online, RM21, murah tak or harga normal? Jarang beli jadi tak tahu, grab je terus. Tapi macam tak berkenan nak teruskan sebab tone colors sangat striking. So kena tunggu Nana balik dari Korea, kirim kat die polkadot felt pastel color, matchkan supaya color striking tu boleh tone down sikit.


plain felt beli kat sini: Craft N Design kalau nak beli sila lah jenguk

Yang ni memang dah highlight kat Nana nak pastel color, taknak striking. Semua cantik-cantik, Korea kan terkenal dengan barang-barang sangat-comel-rasa-nak-gigit-satu-satu. Sangat rambang mata!! Cutenessssss!


Comel tak tahap  'sangat-comel-rasa-nak-gigit-satu-satu'? Or i perasan sorang-sorang?
Hehehehehehehe.


Cubaan pertama, menggunakan plain felt, polkadot net. Nanti nak try bentuk lain plak, tengok tahap kerajinan hohohohoho.


Semua barang dah ada, tinggal nak beli butang kain utk letak kat tengah-tengah bunga tu je. Doakan i rajin DIY-ing. Bulan puasa nak kurangkan taip panjang-panjang, banyakkan gambar,. barulah ceria! Bak kata orang, kurangkan bercakap. Sama ke?

Masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa! Love you all!

Friday, July 8, 2011

Tutorial: Fabric Flower HB

Warning:  Entry ini sangat panjang, sila jangan bosan dengan gambar dan tulisan. Wink!

I hope this is not too late. Sorry for the fake promises, sorry for the lateness, blame me huhuhuh.
So now, I wanna show you how to make ‘easy’ fabric flower hand bouquet my version (sebab I tak ikut mana-mana tutorial pon. Maybe lain orang lain caranya, but this is much easier especially for me, Enjoy! 


1.   Kita perlukan 3 kain saiz berbeza bergantung kepada saiz bunga yang nak dihasilkan. 
My standard size (A: 11 ½ x 4 ½ inch, B: 10 x 3 ¾ inch, C : 9 x 3inch). Tapi kadang-kadang I malas nak ukur betul-betul so lebih kurang jela. My advise, lagi panjang lagi bagus sebab kedutan kelopak lebih banyak. Kalau pendek sangat pula nanti kelopak akan melengkung macam mangkuk kehkehkeh. 

Nampak tak hujung kain berbulu? Ignore je..hehehehe

2.   Lipatkan kain dari hujung ke hujung seperti gambar dibawah dan cantumkan. Kemudian jahitkan. I jahit guna mesin utk hasil yang lebih cantik dan kemas.


3.   Kemudian, kelepetkan ke belakang/bawah utk menyorokkan belah hujung kain yang dijahit tadi. Secara tidak langsung, akan menyorokkan kain yang berbulu dihujung. So takyahla risau bunga tu berbulu-bulu.


4.   Selepas dikelepet, bolehlah kalau nak iron ke, kasi cantik sikit lipatan kain tersebut. Kalau malas pon takpe, bergantung kepada tahap kerajinan anda. Tapi I, memang iron sedikit, sebab nak nampakkan kelopak tu keras dihujung, barulah cantik.


5.   Seterusnya, jahit JELUJUR HALUS dibahagian hujung kain yang tidak berjahit sekeliling sehingga bercantum. Jangan terlalu halus/terlalu kasar, nanti efek kelopak tu tak lawa. Buatlah dengan penuh kasih sayang. Bila dah dapat rentaknya, senang je nak buat tu.


6.   Setelah siap jelujur keliling, tarikkan perlahan-lahan dan matikan jahitan dengan kemas. Pastikan jahitan tidak tercabut ye. (ulang langkah di atas untuk kain A dan B sampai siap). 


Okey dah selesai step menjahit. Kalau korang ikut betul-betul step di atas, dapatlah 3 kelopak bunga seperti ini. Masa untuk mencantum ya. Sekarang kita perlukan dawai keras dan butang. Itu sahaja! 

Sorrylah butang yang besar dan comel-comel macam M&M tu I tertinggal kat kampung, jadi butang baju jela menjadi mangsa, hehehehe. 

7.   Masukkan hujung dawai pada lubang butang dalam 1 inch panjang dan bengkokkan dawai tersebut seperti gambar di bawah. 


8. Kemudian, masukkan kelopak bunga C (paling kecil) melalui hujung dawai satu lagi, rapatkan ke butang yang betulkan kedudukan butang agar betul-betul berada ditengah-tengah. 


9.   Then, masukkan kelopak B dan A, paling besar dibelakang la ye. Jangan terbalik pulak.

 Abaikan butang kecik tu, buruk nye lah!

10. Selepas siap ketiga-tiganya, kemaskan dan matikan ikatan dawai seperti dibawah. Tidak memerlukan gam UHU, gam pistol etc etc. Guna cara ni je mudah, cara Intan Norazam hahahahahaha! Bengkokkan dawai pendek tu menghala keluar sahaja.


Dah siap!!!!! Settle satu kuntum bunga!
Boleh la buat sebanyak mana yang anda mahu. Nak buat corsage pon boleh, ikot kreativiti anda semua. Hihik!


Inilah hasilnya! Yang i buat dulu kainnya lebih panjang, so kedutan lebih sarat dan cantik, butang pon besar. Lebih menonjol.

Tutorial ni dah sangat jelas, kalau tak faham, boleh Pingbox aje. Anythime dear! 

SELAMAT MENCUBA!


Friday, June 24, 2011

As per requested: Full version Handbouquet

At first, I want to keep it for my wedding day, but since I’ve got few emails asking about how it looks like from the back (final product), it makes me feel pleased and grateful, and how you appreciated my works.  It worth it! So this is it, taa daaaaaaa!
 


Cantik tak? cincin tu I beli masa pergi Korea somewhere in March, memang plan nak pakai masa wedding. 
Agak-agak sesuai tak?

And I love the PINGBOX too (at right side), yes! It’s really help. Now I can communicate with my silent readers/friends, which not every one of them has blog I guessed. I welcome all of you to meet me visually, please. Ada apa-apa nak tanya Ping ajer, insyaAllah i akan layan ye~

I am so blessed to have you all by my side, and I know not everyone love to read all this. Sorry if you feel disgust or ‘ewwwwwwwww-ing’ or ‘urghhhh, showed offffff’, but I am just sharing about how I DIY-ing my wedding. Sharing is caring, nak tiru pon boleh tau! Thanks for the emails, ym, and private message. Love you all!

Thursday, June 23, 2011

Fabric Handbouquet versi Intan Norazam

Ingat tak entry I ADORE THIS ?


Ayat saya dari entry tersebut:


"Oh my! I love everything about their wedding. *melting~
They are perfect couple 
They had perfect wedding
No offense

I wish i'll have this at my wedding, insyaAllah.
1% pon jadilah, pray for me."

So,..

Saya tahu ini bukan fresh idea dari saya. Saya tahu saya meniru idea orang lain. Tapi sukanyaaaaaaaaaa lah aiiii! Comel sangat, kena dengan tema perkahwinan saya. Terbayang-bayang handbouquet yang sama untuk majlis saya. Wink!

FRESH IDEA FROM HERE

I adore everything about this sweet-vintage-chick wedding.

Kepada Filmshotartifact, maaf lah saya CURI idea awak, huhu. Saya tak buat bisnes, hanya buat untuk diri sendiri sahaja, maklumlah teringin sangat handbouquet yang sama. Tapi saya ni pengantin budget, kenalah buat sendiri. Nak upah tak mampu, sobsobsob. Hasil saya taklah secantik mana, so-so sahaja. Thanks sebab idea awak sangat best dan comel. Saya suka sangat sangat sangat!


Ini versi 'handbouquet Intan Norazam separuh siap'.
Baru siap 65%, belum beli polisterin untuk pemegang handbouquet supaya saiz besar dan sedap dipegang, pastu nak cari net untuk deco bahagian bawah, dan last sekali nanti lilit dengan ribbon dan jahit butang sederet.


Hehehe, full version tunggu entry lepas wedding la ye sayang. Thanks again to Filmshotartifact for the great idea. I heart your works so much!


Tuesday, June 21, 2011

DIY Mood


DIY-ing.

Part 1:
This is serious conversation yawww. I’ve promised to so called-cousin (IDA) to make ‘special’ guest book for her wedding on this coming July 2nd (9 days to go) but yet, I have no idea at all. Blame the laziness. Blame the mood. Ha ha ha.

Her theme: Hijau serindit (ape tu?) & Purple.
So rasanya nak gunakan combination lace dan satin kot. so I grab Satin from the store, and match dengan lace sediada dirumah.

*nasib baik I dapat present dari Bandung lace warna hijau pucuk pisang, rembatlah sikit utk patching nanti.

I really don’t know how it gonna look like, pray for me!

Warna dah jadi lain sikit, hu hu hu (salahkan lighting, malas nak edit)

Part 2:
Normal la bila beli kain, rambang mata dan ada je ‘ter’beli kain extra. Kehkeh. Padahal dalam kereta tu dah ada 3 pasang baju belum jahit. Now u can blame me, but it’s for the wedding! Penting tu,. Alasan kukuh x? Rasa nak buat sesuatu, hehehehe. (TING! idea dah datang). Tak tahu la menjadi ke tak, I kan amatur, so kita tunggu dan lihat sahaja. Yang penting siapkan guest book tu dulu ye cik Intan!


I tunjuk sikit kabinet TV pilihan hati. He he he. Okey tak rupanya?

Ermmmmm, agak-agak i nak buat ape eh? Tekalah!

Sunday, June 12, 2011

... and the Winner goes to..


* sorry kualiti gambar tak elok, kamera telefon sahaja

It's PAPER LANTERN. 
I'm using tracing paper instead of card paper; it is more exclusive and a bit transparent.
Total cost: RM7.50 for 40 pieces paper lanterns.
Murah kan?

Tengah-tengah letak lilin IKEA yang perisa vanilla tu, wanginya ya amat!

Friday, June 10, 2011

Ce teka ce teka?


As promised, my current DIY project, buat di office lunch break tadi. 
Cer teka cer teka?


Friday Update

Sejak duduk rumah baru, mood sentiasa berbunga-bunga. Last entry i sedikit sedih, tapi sekarang i dah fully recovered. Yeay! i love the new me. Will upload my current DIY project, buat kat office je tadi masa lunch break, malas nak keluar tengahari tadi, panas sangat kat luar. Nak teaser dulu kah?

Pssttttt, btw i baru beli cabinet tv baru, solid white color; modern design. Seronoknya mendeko rumah, weeeeee! Stand lamp IKEA pon dah boleh pakai, sebelum ni simpan dalam kotak aje. Cuma chandelier dan painting belum gantung,. He he he.

Wednesday, May 11, 2011

Quick Update: 11 May 2011

Hai sayang,

Luckily I got my solemnization attire four months before the wedding. Enough time for me to do some DIY to the dress, and hopefully it may enhance the purity of the solemnization itself. (ada kaitan ke?). Some people call it cream color, but I’m preferred to call it pearl color instead; and it’s just a simple modern kurung with some detailing on top. 


Agak-agak, suit tak dengan veil yang I dah DIY dulu? Refer this entry.


Friday, April 8, 2011

DIY: Veil For Reception



I am working on this! Weee..DIY aje, jimat sikit huhuh. Still in progress,. tak siap lagi~
Pearls tu lebihan veil nikah aritu, takpelah janji match. Nak tengok veil untuk nikah? sila klik sini,. Sharing is caring right?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...